Skrill

MoneybookersKami menyarankan agar Skrill (Moneybookers) dijadikan sebagai pilihan pembayaran terbaik atas beberapa faktor. Pertama sekali, perkhidmatan ini ialah merupakan cara terpantas untuk sebarang urusan perpindahan wang secara dalam talian, dan juga paling termurah.

Skrill juga memberikan ciri-ciri jaminan keselamatan yang terbaik, dengan menggunapakai standard penyulitan tertinggi (halaman yang telah dipercayai oleh VeriSign SLL dan diberikan kuasa oleh Lembaga Perkhidmatan Kewangan United Kingdom dibawah Peraturan-peraturan Wang Elektronik 2011 untuk pengeluaran wang elektronik) dan dengan kerap mengemaskinikan sistem mereka bagi mengatasi sebarang ancaman. Wang dan maklumat peribadi anda akan sentiasa terpelihara.

Laman ini mengandungi 12 jenis bahasa yang berbeza: English, Jerman, Perancis, Sepanyol, Itali, Poland, Yunani, Romania, Rusia, Turki, Cina, dan Czech.

Membuka satu akaun Skrill (Moneybookers) hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dan ia cukup mudah.

Memindahkan Dana ke Skrill

Memindahkan dana ke dalam akaun Skrill anda kini boleh dilakukan dengan menggunakan beberapa pilihan seperti di bawah:

  • Pindahan bank segera dalam talian (tertakluk kepada yuran dari 0% ke 0.90%, bergantung kepada bank
  • Pindahan bank cara biasa (tanpa komisyen, 2-5 hari untuk diproses)
  • Kad Kredit (tertakluk kepada yuran sehingga 1.90%, segera):
    • Visa
    • MasterCard
    • Diners
    • American Express
    • JCB
    • Delta / Visa Debit
    • Visa Electron

Had dan Verifikasi Akaun

Had-had transaksi, termasuklah had pengeluaran adalah ditentukan mengikut individu, bergantung kepada negara kediaman mereka dan beberapa kaedah pengesahan yang lain. Secara umumnya, had tersebut boleh menjangkau sehingga €32,000, yang mana masih boleh dipertinggikan lagi menerusi VIP Program Skrill.

Anda boleh menaikkan had transaksi Skrill anda dengan mengesahkan butiran berikut:

  • Akaun bank anda
  • Alamat anda
  • Kad kredit/debit anda

Sejurus selepas mengesahkan butiran di atas, had transaksi terkini anda akan dipertinggikan sehingga mencecah puluhan ribu dolar. Pelanggan berpeluang meningkatkannya lagi menggunakan program VIP yang ditawarkan oleh Skrill.

Skrill

Yuran

Memasukkan dana ke dalam akaun Skrill anda adalah tertakluk kepada yuran transaksi antara 0% hingga 0.90% melalui pindahan bank dan 1.90% untuk kad kredit. Walaubagaimanapun, pelanggan VIP boleh memuatkan dana tanpa sebarang kos.

Kos pengeluaran pula ialah serendah $2.38 untuk pindahan bank serta visa, manakala untuk cek pula adalah tertakluk kepada yuran sebanyak $4.63.

Yuran transaksi untuk menghantar wang ke akaun Skrill yang lain pula adalah tertakluk kepada yuran sebanyak 1%, yang mana adalah yang terendah sekali jika dibandingkan dengan kemudahan eWallets yang lain (sebagai contoh, yuran transaksi untuk PayPal ialah serendah 3.4%). Tiada sebarang yuran-yuran perkhidmatan bulanan yang akan dikenakan kepada para pengguna yang telah melakukan transaksi di sepanjang tempoh 18 bulan.

Matawang

Skrill boleh memproses sejumlah besar bentuk matawang yang ada, antaranya:

Dolar Australia, Dinar Bahrain, Lev Bulgaria, British Pound, Dolar Kanada, Kuna Croatia, Koruna Czech, Krone Denmark, Kroon Estonia, Euro, Dolar Hong Kong, Forint Hungary, Rupee India, Shekel Israel, Krona Iceland, Yen Jepun, Dinar Jordan, Dinar Kuwait, Litas Lithuania, Lats Latvia, Ringgit Malaysia, Dirham Maghribi, Dolar baru Taiwan, Dolar New Zealand, Krone Norwegia, Zloty Poland, Riyal Oman, Leu Romania, Riyal Arab Saudi, Dolar Singapura, Koruna Slovakia, Rand Afrika Selatan, Won Korea Selatan, Krona Sweden, Franc Switzerland, Bath Thailand, Dinar Tunisia, Lira baru Turki, Dirham UAE dan Dolar Amerika.

Program VIP

Tidak cukup dengan itu, Skrill turut menawarkan suatu program VIP, dimana anda anda boleh memohonnya secara percuma sekiranya anda memindahkan wang melebihi €5,000 setiap bulan. Kesetiap peringkat VIP Skrill yang berturutan akan memberikan anda lebih banyak faedah, termasuklah pengeluaran dan pengambilan dana secara percuma, pembantu VIP peribadi, keutamaan muat naik wang, bantuan VIP 24/7, ganjaran tunai dan promosi eksklusif, dan tidak ketinggalan had yang dipertingkatkan. Untuk menyertai program ini, hantarkanlah e-mel ke vip@skrill.com.

Sekatan

Malangnya, berpunca daripada masalah perundangan Skrill masih tidak dapat digunakan oleh para pengguna yang kini berada di Afghanistan, Cuba, Iran, Myanmar, Nigeria, Korea Utara, Sudan Utara, Somalia, Sudan Selatan, Syria atau Yaman.