NETELLER

Daftar di NETELLER
Pengerusan wang yang selamat dan lancar adalah penting untuk kejayaan anda bila bertaruh secara kerap.
NETELLER jamin urus niaga cepat dan murah, serta keselamatan dana anda. Optimal Payments Limited, syarikat British di belakang NETELLER, dilesenkan dan dikawal selia oleh Financial Services Authority (FSA) (di bawah Peraturan Wang Elektronik 2011 untuk mengeluarkan wang elektronik). NETELLER menyimpan lebih dari 100% baki akaun dalam akaun amanah, bermakna dana anda akan sentiasa disediakan.

Laman we ini boleh diakses dalam 12 bahasa berlainan: Bahasa Inggeris, Denmark, Jerman, Sepanyol, Itali, Poland, Norway, Sweden, Portugis, Rusia, Turki dan Jepun.

Membuka sebuah akaun NETELLER memang cepat dan senang. Ia akan mengambil anda beberapa minit sahaja untuk melengkapkan borang daftar yang mesra pengguna.

Memindah Dana ke NETELLER

Anda boleh memindahkan dana kepada akaun NETELLER anda melalui pelbagai pilihan:

  • Pemindahan bank atas talian segera (tiada bayaran diperlukan, disediakan kepada penduduk dari Sweden, Finland, Estonia dan Poland)
  • Pemindahan bank antarabangsa (bebas dari komisen, disediakan kepada semua ahli di seluruh dunia, mengambil masa 2-3 hari untuk memprosesnya)
  • Kad kredit (yuran adalah antara dari 1.75-4.95%, serta merta)
    • VISA
    • VISA Kad Debit
    • VISA Electron
    • MasterCard
    • MasterCard Kad Debit

Pengesahan dan Had Akaun

Jumlah wang yang anda boleh hantar bergantung kepada status akaun anda dan status akaun penerima. Akaun-akaun yang Tidak-sah boleh menggunakan pemindahan wang hanya sekali sahaja. Untuk meningkatkan had bayaran, anda perlu sahkan akaun anda dengan mengemukakan maklumat berikut:

  • Akaun bank anda
  • Alamat anda
  • Kad credit/debit anda

Setelah anda mempunyai status yang sah, had ditetapkan pada €3,700 setiap transaksi €7,500 setiap hari; €15,000 setiap minggu; €37,000 setiap bulan dan €185,000 setiap tahun.

Yuran

Yuran deposit berbeza-beza bergantung kepada kaedah pembayaran. Pindahan wang antarabangsa percuma dari komisen; bayaran kad kredit dan debit tertakluk kepada yuran 1.75-4.95%.

NETELLER

Kaedah yang paling murah untuk membuat pengeluaran ialah melalui Neteller Net+Prabayar MasterCard. Yuran €4.00 dikenakan untuk pengeluaran ATM. Pindahan bank, draf bank dan cek tertakluk kepada yuran €7.5.

Wang yang dipindahkan antara dua akaun NETELLER - 1%

Mata wang

NETELLER menerima pelbagai jenis mata wang, termasuk:

Dolar Australia, Bulgarian lev, dolar Kanada, krone Denmark, Euro, poud British, Forint Hungary, Rupee India, yen Jepun, Lithunia LItia, lats Latvia, peso Mexico, krone Norway, Zloty Poland, Romania leu, Swedesh Krona, dan dolar AS.

Jika anda tidak menggunakan NETELLER untuk 14 bulan dan baki dikekalkan dalam akaun anda, anda akan dicaj yuran pentadbiran.

Program VIP

NETELLER menawarkan pelanggannya yang paling aktif, kemungkinan untuk menyertai skim VIP dan menikmati pelbagai manfaat eksklusif. Program VIP mengandungi 5 tahap (Gangsa, Perak, Emas, Diamond dan Platinum). Secara automatic, pelangan-pelangan dinaikkan pangkat selepas mereka mencapai keperluan aktiviti yang ditentukan. Untuk mencapai tahap gangsa, pindahan minima $10,000 setiap tahun kepada pedagang diperlukan. Anda boleh naik ke tahap Diamond jika pindahan kepada pedagang melebihi $2,000,000 setiap tahun. Berikut adalah beberapa ciri-ciri yang ditawarkan program VIP NETELLER:

  • Jaminan penipuan VIP
  • Beberapa akaun mata wang
  • Pengurus VIP yang berdedikasi
  • Kenaikan had dijamin
  • Yuran pertukaran asing dikurangkan

Sekatan-Sekatan

NETELLER menawarkan perkhidmatan yang terhad untuk penduduk dari Kanada, Hong Kong, Israel, Macau dan Turki. Jika anda tinggal di salah satu negara-negara tersebut, anda mungkin memegang akaun, NETELLER, tetapi tidak dapat berurus niaga dengan mana-mana peniaga yang berkaitan dengan perjudian.

Atas sebab-sebab undang-undang NETELLER tidak menyediakan apa-apa khidmat di negara-negara berikut: Samoa Amerika, Belarus, Eritrea, Guam, Guinea, Iran, Iraq, Ivory Coast, Lebanon, Liberia, Pulau Marsha, Myanmar, Korea Utara, Palau, Puerto Rico, Somalia, Sudan, Syria, Amerika Syarikat, Zimbabwe.