Terma & Syarat

Berikut adalah terma dan syarat yang dikenakan apabila menggunakan BET-IBC.

Perjanjian ini ("Perjanjian" ini) harus dibaca oleh anda dalam keseluruhannya sebelum anda menggunakan BET-IBC dan perkhidmatan penerima taruhannya. Sila ambil perhatian bahawa perjanjian ini merupakan perjanjian yang sah di sisi undang-undang antara anda dan BET-IBC (dirujuk sebagai "BET-IBC", "kami", "kita"), yang beroperasi dan memiliki laman Internet yang ditemui di bet-ibc.com ("Laman" ini).

Dengan menekan butang "Hantar" semasa pendaftaran akaun anda, anda memberi kebenaran kepada terma dan syarat yang ditetapkan dalam Perjanjian ini. Anda mengakui yang kegagalan anda untuk mematuhi perjanjian ini mungkin mengakibatkan kehilangan kelayakan anda, penutupan akaun, atau tindakan undang-undang terhadap anda yang difikirkan sesuai dan lebih khusus dinyatakan di bawah.

Syarat-Syarat Umum

Sebagai syarat penggunaan, anda mengesahkan bahawa:

  1. BET-IBC tidak akan ditanggung dibawah apa-apa liabiliti untuk kesalahan teknikal mahupun manusia yang mungkin akan berlaku di sesetengah penerima taruhan, serta apa-apa aksi yang dilakukan mereka (termasuk, tetapi tidak dihadkan kepada: penangguhan pengeluaran wang, penangguhan penyelesaian pertaruhan, dana yang dibeku, penutupan pasaran, pembatalan pertaruhan).
  2. Anda tidak dihadkan oleh kapisiti undang-undang terhad.
  3. Anda melebihi umur 18 tahun.
  4. Anda bersetuju yang anda dikehendaki untuk membekalkan kami dengan butir-butir peribadi tertentu tentang diri anda (termasuk butir-butir tentang kaedah bayaran anda) untuk tujuan menggunakan perkhidmatan ini.
  5. Anda BUKAN mendiami AS.
  6. Anda bertanggungjawab semata-mata untuk apa-apa cukai yang dikenakan yang mungkin kena dibayar atas kemenangan yang dibayar kepada anda.
  7. Anda bersetuju untuk menyimpan nama akaun dan kata laluan anda rahsia dan sulit dan tidak membenarkan sesiapa menggunakannya. Jika anda salah letak nama akaun dan kata laluan anda, anda patut memberitahu ejen BET-IBC dengan serta-merta.
  8. Jika akaun dibiayai oleh orang lain selain daripada pendaftar, secara automatik BET-IBC akan menganggap bahawa orang yang deposit dana itu ialah pemilik bersama akaun ejen tersebut.
  9. Anda mengesahkan bahawa mungkin risiko kehilangan wang anda lahir dari penggunaan perkhidmatan dan BET-IBC tidak ada tanggungjawab kepada anda untuk apa-apa kerugian.
  10. Anda mengesahkan bahawa apa-apa taruhan yang dibuat melalui perkhidmatan kami dalam akaun nama pengguna dan kata laluan anda akan dianggap sah.
  11. Anda mengesahkan bahawa hanya 1 akaun dibenarkan bagi setiap Pengambil Taruhan. Percubaan untuk membuka suatu akaun kedua akan mengakibatkan deposit dan yuran pengeluaran yang lebih tinggi.
  12. Anda mengesahkan bahawa anda menggunakan maklumat pembayaran anda untuk mendanakan akaun pemain anda SAHAJA. Anda tidak dibenarkan untuk membuat deposit bagi rakan-rakan anda, ahli keluarga, dll.
  13. Anda mengiktiraf yang BET-IBC tidak bertanggungjawab untuk apa-apa penangguhan dalam pemprosesan bayaran yang terjadi kerana pembekal bayaran atau penerima taruhan.
  14. Persetujuan ini dan segala perkara yang berkaitan dengannya adalah tertakluk kepada peraturan-peraturan "BET-IBC". Setiap parti bersetuju secara tidak boleh batal bahawa organisasi yang berkaitan dengan E-Gambling Montenegro d.o.o. akan mempunyai kuasa esklusif berhubungan dengan sebarang dakwaan, pertikaian atau perbezaan yang melibatkan Persetujuan ini berserta sebarang hal yang timbul daripadanya dan mengetepikan secara tidak boleh batal, sebarang hak bagi membantah tindakan-tindakan yang diambil oleh organisasi-organisasi ini, atau mendakwa tindakan tersebut telah dibawa dalam forum tidak sesuai, atau bahawa organisasi-organisasi ini tidak mempunyai kuasa.

Akaun

  1. Untuk mengakses perkhidmatan taruhan kami, anda perlu melengkapkan pemohonan bagi pendaftaran akaun seperti yang ditetapkan atas Laman ini.
  2. Anda mengesahkan bahawa anda akan memberi maklumat penuh dan benar berkenaan dengan butir-butir dan informasi yang dibekalkan oleh anda kepada BET-IBC.
  3. Anda dikehendaki memberitahu BET-IBC tentang apa-apa pertukaran kepada maklumat peribadi anda.
  4. BET-IBC berhak untuk menolak apa-apa taruhan atau sebahagian daripada taruhan tanpa memberi sebab pada bila-bila masa.
  5. BET-IBC berhak menutup akaun anda dan memulangkan baki anda tanpa membekalkan apa-apa sebab pada bila-bila masa sahaja.
  6. BET-IBC memelihara hak untuk tidak menawarkan Promosi KickBack kepada mana-mana ahli jika disyaki terdapat sebarang percubaan penipuan atau jika ahli tersebut telah mendapat keuntungan daripada keadaan istimewa yang lain.
  7. Jika apa-apa jumlah dikreditkan secara salah kepada anda, ia adalah tanggungjawab anda untuk memberitahu kami.
  8. Anda mengesahkan untuk membaca dan menerima peraturan laman web yang terlibat untuk penerimaan/pembatalan taruhan.
  9. Anda mengesahkan bahawa pengambil taruhan mungkin membenarkan hanya 1 pengeluaran setiap 24 jam.
  10. Ejen-ejen diwajibkan untuk menjana 5x perolehan daripada deposit mereka sebelum pengeluaran melalui transfer bank dibuat selaras dengan polisi anti-pengubahan wang. Di dalam kes dimana keperluan tersebut tidak dipenuhi, kami memegang hak untuk mengenakan satu caj sebanyak 7.5% atau menahan pengeluaran tunai sehingga jumlah dagangan tercapai.
  11. Pemain-pemain diwajibkan untuk menjana 1x perolehan daripada deposit mereka sebelum pengeluaran melalui transfer bank dibuat selaras dengan polisi anti-pengubahan wang. Di dalam kes dimana keperluan tersebut tidak dipenuhi, kami memegang hak untuk mengenakan satu caj sebanyak 7.5% atau menahan pengeluaran tunai sehingga jumlah dagangan tercapai.
  12. BET-IBC mempunyai hak untuk meminta kadar pusing ganti 5X sebelum pengeluaran wang dilakukan jika corak pertaruhan yang ganjil diperhatikan.
  13. Anda mengesahkan bahawa BET-IBC mempunyai hak untuk mengubah yuran pindahan dalam sesetengah kes.
  14. Anda, sebagai seorang pelanggan berdaftar melalui atau melalui seorang ajen yang berkaitan dengan BET-IBC, berpeluang memenangi sehingga 75,000 EUR  (atau yang bersamaan dalam matawang lain) setiap hari mengikut zon masa buku sukan di dalam sebarang akaun yang dipegang. Sebarang amaun kemenangan yang lebih akan dituntut oleh syarikat.
  • Anda menerima makluman bahawa pengeluaran dalam matawang SGD dan MYR mungkin mengambil masa sehingga 72 jam.

Kepelbagaian

BET-IBC menyimpan hak untuk membuat pertukaran kepada perjanjian ini atau apa-apa bahagian daripanya pada bila-bila masa. Ia adalah tanggungjawab anda untuk memeriksa Terma & Syarat dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa anda bersetuju dengannya dan penggunaan terus perkhidmatan kami oleh anda akan dianggap sebagai penerimaan anda kepada apa-apa pindaan dan/atau pengubahsuaian kepada Perjanjian ini.