Neteller
Pengurusan wang yang lancar dan selamat adalah penting untuk kejayaan anda apabila bertaruh secara kerap. Pengurusan wang yang selamat dan lancar adalah penting untuk kejayaan anda apabila bertaruh secara kerap. NETELLER menjamin transaksi yang cepat dan murah, serta keselamatan dana anda. Optimal Payments Limited, syarikat British di belakang NETELLER, dilesenkan dan dikawal oleh Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan (FSA) (di bawah Peraturan-Peraturan Wang Elektronik 2011 untuk mengeluarkan wang elektronik). NETELLER menyimpan lebih 100% baki akaun dalam akaun amanah, bermakna dana anda sentiasa tersedia.
Laman web ini boleh diakses dalam 12 bahasa berbeza: Inggeris, Denmark, Jerman, Sepanyol, Itali, Poland, Norway, Sweden, Portugis, Rusia, Turki dan Jepun. Membuka akaun NETELLER adalah pantas dan mudah. Anda hanya akan mengambil masa beberapa minit untuk melengkapkan borang pendaftaran yang mesra pengguna.
Memindah Dana ke NETELLER
Anda boleh memindahkan dana kepada akaun NETELLER anda melalui pelbagai pilihan:
Pemindahan bank atas talian segera (tiada bayaran diperlukan, disediakan kepada penduduk dari Sweden, Finland, Estonia dan Poland)
Pemindahan bank antarabangsa (bebas dari komisen, disediakan kepada semua ahli di seluruh dunia, mengambil masa 2-3 hari untuk memprosesnya)
Kad kredit (yuran adalah antara dari 1.75-4.95%, serta merta)
- VISA
- VISA Kad Debit
- VISA Electron
- MasterCard
- MasterCard Kad Debit
Pengesahan dan Had Akaun
Jumlah wang yang anda boleh hantar bergantung kepada status akaun anda dan status akaun penerima. Akaun-akaun yang Tidak-sah boleh menggunakan pemindahan wang hanya sekali sahaja. Untuk meningkatkan had bayaran, anda perlu sahkan akaun anda dengan mengemukakan maklumat berikut:
Akaun bank anda
Alamat anda
Kad credit/debit anda
Setelah anda mempunyai status yang sah, had ditetapkan pada €3,700 setiap transaksi €7,500 setiap hari; €15,000 setiap minggu; €37,000 setiap bulan dan €185,000 setiap tahun.
Yuran
Yuran deposit berbeza-beza bergantung kepada kaedah pembayaran. Pindahan wang antarabangsa percuma dari komisen; bayaran kad kredit dan debit tertakluk kepada yuran 1.75-4.95%.
Kaedah yang paling murah untuk membuat pengeluaran ialah melalui Neteller Net+Prabayar MasterCard. Yuran €4.00 dikenakan untuk pengeluaran ATM. Pindahan bank, draf bank dan cek tertakluk kepada yuran €7.5. Wang yang dipindahkan antara dua akaun NETELLER – 1%.
Mata wang
NETELLER menerima pelbagai jenis mata wang, termasuk:
Dolar Australia, Bulgarian lev, dolar Kanada, krone Denmark, Euro, poud British, Forint Hungary, Rupee India, yen Jepun, Lithunia LItia, lats Latvia, peso Mexico, krone Norway, Zloty Poland, Romania leu, Swedesh Krona, dan dolar AS.
Jika anda tidak menggunakan NETELLER untuk 14 bulan dan baki dikekalkan dalam akaun anda, anda akan dicaj yuran pentadbiran.
Program VIP
NETELLER menawarkan pelanggannya yang paling aktif, kemungkinan untuk menyertai skim VIP dan menikmati pelbagai manfaat eksklusif. Program VIP mengandungi 5 tahap (Gangsa, Perak, Emas, Diamond dan Platinum). Secara automatic, pelangan-pelangan dinaikkan pangkat selepas mereka mencapai keperluan aktiviti yang ditentukan. Untuk mencapai tahap gangsa, pindahan minima $10,000 setiap tahun kepada pedagang diperlukan. Anda boleh naik ke tahap Diamond jika pindahan kepada pedagang melebihi $2,000,000 setiap tahun. Berikut adalah beberapa ciri-ciri yang ditawarkan program VIP NETELLER:
Jaminan penipuan VIP
Beberapa akaun mata wang
Pengurus VIP yang berdedikasi
Kenaikan had dijamin
Kenaikan had dijamin Yuran pertukaran asing dikurangkan
Sekatan-Sekatan
NETELLER menawarkan perkhidmatan yang terhad untuk penduduk dari Kanada, Hong Kong, Israel, Macau dan Turki. Jika anda tinggal di salah satu negara-negara tersebut, anda mungkin memegang akaun, NETELLER, tetapi tidak dapat berurus niaga dengan mana-mana peniaga yang berkaitan dengan perjudian.
Atas sebab-sebab undang-undang NETELLER tidak menyediakan apa-apa khidmat di negara-negara berikut: Samoa Amerika, Belarus, Eritrea, Guam, Guinea, Iran, Iraq, Ivory Coast, Lebanon, Liberia, Pulau Marsha, Myanmar, Korea Utara, Palau, Puerto Rico, Somalia, Sudan, Syria, Amerika Syarikat, Zimbabwe.